1

Apa itu PERSAHABATAN?

Bismillahirrahmanirrahiim



Assalamualaikum..

Teringat lagi,macam baru semalam saya menjejakkan kaki ke UiTM Puncak Alam.. tapi hari ini, adalah pengakhirannya..sebagai pelajar asasi..setahun berlalu tanpa sebarang rasa, hanya terselit dengan memori indah dan kusam..walau demikian,itulah yang menjadi asam garam kehidupan..mendidik dan mengajar diri,erti sebuah hakikat..sebagai seorang sahabat,saudara..

Ingatlah sahabatku, jangan ditangisi sebuah perpisahan,tapi tangisilah pertemuan..kerana tanpa pertemuan,tiadalah perpisahan..Moga kita semua dipertemukan di sebuah pertemuan yang abadi..

Ukhuwafillah abadan abada..InshaALLAH..=)

video
Apa itu PERSAHABATAN?

Bookmark and Share
0

Kisah Kami dan Exam..

Bismillahhirrahmanirrahiim

Detik tetap berlalu..

Makin hari makin dekat dengan exam final..

Penanda tamatnya asasi..

Moga segala usaha kita diberkati oleh si DIA..


Bersama Taufiq dan Kejayaan di dalam Ujian

"Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
Bookmark and Share
0

Kisah Kita dan Facebook..


Bismillahirrahmanirrahiim

Untuk entri kali ni, saya nak sentuh sedikit sebanyak tentang facebook..
Bila sebut sahaja facebook,mesti ramai yang tahu..
Facebook seolah-olah satu keperluan untuk umat manusia zaman sekarang..
Setiap perkara ada baik buruknya..begitu juga denga Facebook..
Jadi,disini ada sedikit peringatan buat diri dan para pembaca..

JAGA AIB:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah taala sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.”
(HR Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra,bahwa Rasulullah saw. Bersabda:Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling mengata antara yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain,
 janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia),
 janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
(Shahih Muslim No.4646)

JANGAN MENGUMPAT:

Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya,
“ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ”
Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci”
Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “
Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat.
Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ”
(Hr Muslim)

Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun!“Rasul bersabda,“ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“
(Hr Thabrani – sahih)



JAGA DIRI(MUSLIMAH):

Abu Hurairah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Dua golongan orang dari isi neraka yang belum pernah aku melihatnya.
 Perempuan yang berpakaian dan telanjang
(menutup setengahnya mendedahkah setengahnya atau memakai pakaian yang nipis).
Maka tidak mentaati Allah dan menarik orang lain kepada keadaannya (sepertinya).
Atas kepala bagai bunggol unta khurasan.
 Mereka tidak akan melihat syurga dan tidak mencium baunya.
Orang lelaki yang memegang cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya
(HR Ahmad dan Muslim-sahih)


Khas utk mereka yg suka letak pic sdri..

JANGAN LEKA:

“Dan ada antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita dan perkara hiburan yang melalaikan; yang mengakibatkan boleh menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan;
dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” 
(QS Luqman:6)

Intiharnya, kalau nak diikutkan,banyak lagi batas-batas yang perlu dijaga dan dipatuhi. Si DIA mewujudkan batas-batas tersebut bukanlah untuk menyusahkan,tapi untuk menguji sejauh mana kemampuan kita mematuhi ketetapannya. Dari situ,kita akan di-ranking kan mengikut gred kemampuan masing-masing.

video

Bookmark and Share
 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.