Forensik..Pilihan Allah Untuk Aku..

Sudah lama blog ini ditinggalkan begitu sahaja,bersawang dan tersisih.Maaf,agak sibuk dengan perkara duniawi,sampai ilmu pun tak dapat dikongsi lagi.MAAF.

Hari ini,aku sudah bergelar mahasiswa,sudah lama aku tunggu saat ini.Manakan tidak,sudah 6 bulan `bertapa’,sekarang kena la beraksi pula:D.

Teringat suatu peristiwa,yang takkan aku lupakan,inshaALLAH..

Semasa pendaftaran uni hari tu,aku sempat berkenalan dengan seorang brother,yang juga bergelar seorang suami dan ayah.Dia pun nak ambil ijazah juga,tapi dalam PERUBATAN.

Dia:Assalam,adik nama apa?baru daftar ea?

Aku:Wslam..saya mohamad @##$$%%#..a’ah,baru je..

Perbualan dimulakan dengan teguran kecil.Tatkala menunggu pendaftaran diproses,perbualan kami semakin rancak.

Dia:Adik amik ijazah ke?Kos apa?

Aku:A’ah,Bachelor in Forensic Science.Abang?

Dia:Saya ambil perubatan,sebab dulu sudah ada diploma dalam Medical Assistant,sekarang nk jadi pegawai perubatan,so kena la ambil medik.

Aku:(hanya mengiyakan dan tekun mendegar)..

Dia:Kalau BFS,InshaALLAh,boleh jadi pegawai sains forensik di hospital.Kenapa adik pilih kos tu?

Aku:Tak bersebab,saya tak kisah belajar apa pun,janji kos tu melibatkan sains,dan inshaALLAH,saya boleh survive nanti.Abang pula kenapa pilih medic lagi?Bukan ke kos tu 5 tahun?Panjang tu..

Dia:Oh,kalau nak diikutkan,hidup saya memang sudah cukup lengkap,inshaALLAh,rumah ada,kereta ada,isteri dan anak pun sudah ada,tapi ada sebab lain kenapa saya ambil kos ni,sebab FARDHU KIFAYAH..tak semua yang belajar medik,berakhir sebagai doktor yang betul2 MUSLIM a.k.a Da’ie,dan kat Malaysia,masih tak ramai lagi doktor pakar..

Aku:(aku tersentak)..

Dia:Saya sudah lama belajar,dan sudah pun bekerja,pelbagai pengalaman yang saya dapat..Ada sesetengah doktor junior ditindas,dan ada macam2 perkara lain lagi berlaku..Ini takkan berlaku,andai mereka betul2 MUSLIM..

Aku:…..

Usai selesai pendaftaran,aku minta diri..mengakhirkan satu perbualan yang bernilai,menyentak hati dan menggerakkan fikiran..InshaALLAH,ada peluang,kita bertemu lagi wahai brother..

Sedikit perkara yang ALLAH ingin sampaikan kepada aku,melalui seorang brother,dan kini,aku sampaikan pada kamu(pembaca)..

Ijazah@Diploma dalam bidang2 yang namanya pun sukar disebut,tak famous,bukan bermakna tak  ada kerja,kerana rezeki itu sudah tertulis..tapi perbezaan laluan kehidupan setiap insan,dalam menghadapi dunia yang takkan kekal..

bila tengok,smart jugak..


Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. 
(Al-Kahfi 18:91)











Bookmark and Share

4 comments:

RNS said...

teruskan usaha menuntut ilmu di tempat baru:)

Ibn Abdul Latif said...

RNS:sbenarnya kita sama uni..hehe

syashafie said...

gudluck kawan :)

Anne Adnan said...

Assalamualaikum!

Nak duit tapi malas nak keluar daripada rumah? Haaa sini sini. Melalui RM20Segera ni korang tak payah keluar rumah pun takpe, asal korang ada internet & rajin berusaha. Modal business ni RM 20. Haa percaya tak? Modal dia ciput je. Tapi income nanti haaa berlipat-lipat.

Raya dah nak dekat, kalau korang join RM20segera ni, korang dapatlah jugak tambah duit untuk berbelanja raya nanti. Apa nak tunggu lagi? Cepat-cepatlah join ye :D Confirm tak rugi punya!

Kalau rasa hati tu melompat-lompat nak join, klik sini; http://www.rm20segera.com/?r=thegeek

Scroll bawah bawah sikit, ada 'daftar sekarang'. Semoga berjaya! :)

Post a Comment

 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.