6

Pencarian Software IMAN:Kun fayakun..

7:30 pagi,Ahad..aku bersiap untuk menghadiri sebuah temuduga. Hanya berbekalkan pakaian Hafiz Azhar,kerana aku terlupa untuk membungkus bersama pakaian formal.

Setibanya di Universiti Malaya,aku melihat banyak manusia. Bergaya,segak dan cantik. Rasa diri sangat kerdil,kerana hanya pakaian biasa sahaja yang mampu dipakai. Namun,rasa bersyukur tetap ada. Di saat kesusahan,DIA masih membantu aku.

Sementara menunggu sahabatku,Baidhowi  datang,aku mendaftarkan diri dahulu. Bimbang nanti tidak sempat,atau sibuk dengan hal lain pula.

Selesai sahaja pendaftaran,kini hanya menunggu waktu. Waktu yang agak mendebarkan. Biasalah,pertama kali temuduga. Ini baru temuduga dunia,belum lagi temuduga di akhirat sana. Entah apa yang akan dirasa.
5:00 ptg.. tamatnya temuduga. Alhamdulillah..itu yang mampu aku ucapkan. Walaupun peperiksaan yang agak susah,namun,temuduga berjalan lancar. Penat,memang penat. Aku singgah dibangku simen berdekatan,mahu kebaskan rasa penat. Hadir seorang India,40-an,aku mengagak.

`Adik ni belajar kat mana dulu?’pertanyaan diajukan kepadaku.`saya ni bekas pelajar asasi UiTM.’..`kenapa tak sambung sana je?’aku membalas,`entahla,dapat tawaran ni,sy datang la dulu,test nasib je.’..perbualan mula meleret. Dari kisah sistem pembelajaran di Malaysia,hinggalah kisah hidupnya,tapi ada satu kisahnya yang menarik pendengaran aku. Fokus lebih diberikan ketika itu.

`Saya nak sangat jadi pengetua.dah bertahun-tahun saya apply,tapi tak dapat-dapat juga.Tahun ni saya apply lagi,mungkin ni da kali terakhir kot.Tapi nak jadi pengetua,tak boleh ada Master,kalau setakat Ijazah atau Diploma tu,takpe.Tapi tahun ni juga saya apply untuk buat Master.’kata Pakcik itu..`Dah fed up agaknya’aku bermonolog..`nak dijadikan cerita,satu hari,ada surat bercop mesyuarat agong sampai.Masa tuh,Master saya da diluluskan,akan start 22 Jun ni..memang saya gelisah habis la.takut,risau..bukan apa,takut tak dapat lagi.saya suruh kerani saya yang membuka surat tu.tak berani la saya.’..dia menyambung,`Tahniah,sukacitanya anda dimaklumkan permohonan anda diluluskan’..`saya pun tengok tarikh berkuatkuasa,terkejut saya. 21 Jun. Sehari sebelum sy buat Master’..ceritanya disambung lagi..

`Ada pepatah India cakap,kalau itu memang hak kita,ia tetap akan jadi hak kita.kalau itu bukan hak kita,ia takkan jadi hak kita’..aku tertarik.berfikir sejenak..teringat firman Allah di dalam kitabnya;

"…Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku."
[Al-Ahzab:38]

SubhanALLAH. Hebat. Mesej yang sama disampaikan di dalam Islam,dan agama lain,namun lain pendekatannya. Mungkin ini yang menyebabkan berlakunya perbezaan fahaman,perbezaan pegangan.

6:00 ptg..Pakcik aku sampai. Dari UM,terus kami ke rumah.


Bookmark and Share
3

Pencarian Software IMAN:Kisah Bermula..

7:00 pagi,Selasa..aku tiba di perhentian bas Sri Manjung.Belakangku sakit angkara membonceng motor,sambil 2 beg galas dibadanku dan 1 beg laptop,digenggam erat..

Aku menunggu saat ketibaan bas ke perhentian Duta.Seorang abang menyapa,`Adik nak pergi KL ke?kerja apa?’aku membalas.` a ah..tak kerja lagi,masih belajar’..begitulah permulaan perbualan kami..Kisahnnya meleret,pelbagai pengalaman dan keluhan sebagai anggota RELA dikongsi..Aku hanya diam mendegar..kadang-kala mengangguk,tanda mengambil hati..

7:45..Bas transnasional tiba.Perjalanan ke kota besar kini bermula.
4 jam kemudian,gerbang tol KL dapat ku lihat dari jauh.`Alhamdulillah’,monolog hati pada DIA..segala perjalanan dipermudahkan..

Hafiz Azhar,seorang saudara dan juga tour-guide aku. Setia menunggu untuk menjemput kehadiranku. Aku dibawa ke seluruh pelusuk ibu kota. Indah,kagum dan hebat,itu yang dapat aku fikirkan tentang pencakar langit yang ada,tamadun yang terbina dan kehebatan manusia yang dikurniakan oleh-Nya..

 Kami singgah di KLCC,ingin ketemu seorang lagi saudara,Hazmi namanya. Rasa rindu pada seorang saudara,kian terubat. Kelibatnya dilihat,melilau-lilau mencari kami. Alhamdulillah,orangnya masih sihat dan mampu bernafas. Malah,dimurahkan lagi rezekinya..

Usai pertemuan di KLCC,aku ingin pulang,kerana hari sudah lewat senja.Kota Damansara,bukannya sekangkang kera dari KLCC. Masa banyak hilang untuk kesana. Lagipun,saudara dan adik-adik kesayangan sudah lama menanti kehadiran aku. Tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi.

Aku sampai agak lewat. Badan yang penat kembali segar,melihat wajah kanak-kanak yang bebas dari sebarang dosa,yakni adik-adik yang aku sayangi..




Perjalanan Kian bermula..

Bookmark and Share
0

Doakan Kami Berjaya..

Bismillahirrahmannirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

TAKUT,perasaan yang sentiasa ada..walau seberani mana pun,perasaan itu tetap wujud dalam diri..
Namun,yang menjadi persoalannya..KENAPA?

Hanya beberapa hari sahaja lagi,sebelum titik perubahan hidup berlaku..adakah aku mampu?yakin?
Ya,usaha memang sudah..tapi adakah ia memadai?mencukupi?

Hampir semua orang mengharapkan sesuatu dari aku..mereka tidak jemu memberi semangat,ingatan,sokongan..walau ada sebahagian dari mereka sebaliknya..

Aku tahu,si DIA knows best what is for me..aku tahu..tapi kenapa sukar untuk berpegang teguh?asyik terpesong sahaja..subhanALLAH..

Ya ALLAH,moga aku dan sahabat ku yang turut sama berjuang,berjaya kali ini..permudahkanlah segala urusan kami,jauhilah kami dari segala fitnah dan keburukan..


Bookmark and Share
 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.