7:30 pagi,Ahad..aku bersiap untuk menghadiri sebuah temuduga. Hanya berbekalkan pakaian Hafiz Azhar,kerana aku terlupa untuk membungkus bersama pakaian formal.
Setibanya di Universiti Malaya,aku melihat banyak manusia. Bergaya,segak dan cantik. Rasa diri sangat kerdil,kerana hanya pakaian biasa sahaja yang mampu dipakai. Namun,rasa bersyukur tetap ada. Di saat kesusahan,DIA masih membantu aku.
Sementara menunggu sahabatku,Baidhowi datang,aku mendaftarkan diri dahulu. Bimbang nanti tidak sempat,atau sibuk dengan hal lain pula.
Selesai sahaja pendaftaran,kini hanya menunggu waktu. Waktu yang agak mendebarkan. Biasalah,pertama kali temuduga. Ini baru temuduga dunia,belum lagi temuduga di akhirat sana. Entah apa yang akan dirasa.
5:00 ptg.. tamatnya temuduga. Alhamdulillah..itu yang mampu aku ucapkan. Walaupun peperiksaan yang agak susah,namun,temuduga berjalan lancar. Penat,memang penat. Aku singgah dibangku simen berdekatan,mahu kebaskan rasa penat. Hadir seorang India,40-an,aku mengagak.
`Adik ni belajar kat mana dulu?’pertanyaan diajukan kepadaku.`saya ni bekas pelajar asasi UiTM.’..`kenapa tak sambung sana je?’aku membalas,`entahla,dapat tawaran ni,sy datang la dulu,test nasib je.’..perbualan mula meleret. Dari kisah sistem pembelajaran di Malaysia,hinggalah kisah hidupnya,tapi ada satu kisahnya yang menarik pendengaran aku. Fokus lebih diberikan ketika itu.
`Saya nak sangat jadi pengetua.dah bertahun-tahun saya apply,tapi tak dapat-dapat juga.Tahun ni saya apply lagi,mungkin ni da kali terakhir kot.Tapi nak jadi pengetua,tak boleh ada Master,kalau setakat Ijazah atau Diploma tu,takpe.Tapi tahun ni juga saya apply untuk buat Master.’kata Pakcik itu..`Dah fed up agaknya’aku bermonolog..`nak dijadikan cerita,satu hari,ada surat bercop mesyuarat agong sampai.Masa tuh,Master saya da diluluskan,akan start 22 Jun ni..memang saya gelisah habis la.takut,risau..bukan apa,takut tak dapat lagi.saya suruh kerani saya yang membuka surat tu.tak berani la saya.’..dia menyambung,`Tahniah,sukacitanya anda dimaklumkan permohonan anda diluluskan’..`saya pun tengok tarikh berkuatkuasa,terkejut saya. 21 Jun. Sehari sebelum sy buat Master’..ceritanya disambung lagi..
`Ada pepatah India cakap,kalau itu memang hak kita,ia tetap akan jadi hak kita.kalau itu bukan hak kita,ia takkan jadi hak kita’..aku tertarik.berfikir sejenak..teringat firman Allah di dalam kitabnya;
"…Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku."
[Al-Ahzab:38]
SubhanALLAH. Hebat. Mesej yang sama disampaikan di dalam Islam,dan agama lain,namun lain pendekatannya. Mungkin ini yang menyebabkan berlakunya perbezaan fahaman,perbezaan pegangan.
6:00 ptg..Pakcik aku sampai. Dari UM,terus kami ke rumah.
6 comments:
iv utk ape ye ??
adela..^^.
fikri..menarik kisah ni...nak copy boleh?
kuti.kura:silakan..=)
ha'ahh..sgt menarik sbb based on pengalaman..untunglaa :)
aesya:hehe..alhmdulillah..tp gaya penulisan ana masih teruk..so,tak berapa nk best jadinye..
Post a Comment