2

Pencarian Software IMAN:Sahabat itu Murabbi..

12:05 tengahari,Rabu..aku sampai ke Putrajaya Sentral.Sekali lagi,dengan bantuan Hafiz Azhar.Syukron sahabatku.Maafkan aku sebab tidak mampu memberi apa-apa,hanya sekadar ucapan terima kasih.Moga Allah membalas segala jasamu.

12:30 tengahari..Razi,sahabat yang dikenali di CUCMS,juga housemate kepada Amir,menjemputku untuk ke Cyberia(rumah penginapan mereka).Aku ke sana tanpa niat. Kebetulan pula,mereka memerlukan pertolonganku yang tidak seberapa. Lagipun,aku sekadar ingin bermain masa,menunggu waktu bertolak pulang ke Kelantan pada 9:00 malam itu.

Razi membawa aku ke sekitar Putrajaya.Aku melihat bangunan-bangunan gergasi,gah berdiri.Aku teringatkan sebuah hadis tentang tanda-tanda kiamat,yang mana mafhumnya,banyak pencakar langit didirikan..Ya Allah,sudah dekat rupanya. Tarikh untuk menghadapi Mahkamah Akhirat sudah tidak lama,dan aku masih lagi mencari-cari peguam untuk membela nasib diri nanti.

Kami singgah untuk berehat di rumah Razi.

Apabila sahaja sampai.`Keluarganya agak loaded.’aku berfikir..mungkin kerana terlihat 5 motor kategori superbike di halaman rumahnya. Menambah rasa segan untuk stay lama disana.

5:00 petang..Aku meminta untuk dihantar ke Putrajaya Sentral,kerana Razi dan sahabat yang lain ada urusan. Aku bimbang,lagi menyusahkan nanti. Terima kasih wahai sahabat. Moga engkau beroleh kebahagiaan di dunia.

Hanya sekejap di sentral,Nabil,sahabat di MRSM datang mengambilku. Membawaku singgah untuk minum di sebuah premis tepi tasik. Suasananya cukup indah,apatah lagi ketika itu waktu sudah senja. Si Matahari mahu sahaja melabuhkan tirainya,memberi ruang untuk pungguk menanti kehadiran kekasih hati,Si Bulan. Banyak cerita dan perkara dikongsi.

7:30 malam..Dalam perjalanan pulang ke sentral:

`Kawasan Putrajaya ni takde pape la bro’..`tapi best la kalu ko nk bawak awek jalan-jalan’Nabil berkata..`a ah,romantik je’aku menambah..

Sifat Nabil yang matang tapi sempoi,menarik perhatian aku. Orang sepertinya mudah sahaja untuk bersosial dengan yang lain,memudahkan lagi peranan sebagai da’i. Tidak semua orang sepertinya. Syukur,aku dapat mempelajari sesuatu darinya.

9:00 malam..aku menaiki bas ke Kelantan. Ditemani bersama seorang yang aku kenali di PLKN dahulu.  Seorang yang tegas ketika berhujah,namun lembut bila berbicara. Bersyukur aku diberi kesempatan untuk mengenalinya.



"Supaya engkau beroleh sahabat, 
hendaklah diri engkau sendiri 
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang”
-Hamka-
Bookmark and Share
0

Pencarian Software IMAN:Husnuzon..

2:00 petang, Ahad yang sama..Perjalanan diteruskan lagi ke tempat pengajianku dahulu. Berniatkan ingin bertemu junior di MRSM dan berjumpa Cik Norharliana,tutor ku ketika Asasi dulu,diatas urusan yang tertentu.

Kami(aku dan Hafiz Azhar) menuggu disana,berpusing-pusing mengelilingi UiTM,menunggu tibanya waktu Asar.

Azan Asar dilaungkan. Garau dan lantang suara Bilalnya. Aku masih lagi menunggu. Mencari kelibat junior. Manalah tahu,mereka akan solat bersama nanti. Wuduk diambil perlahan-lahan,sengaja bermain masa di tempat wuduk.

Selesainya solat,aku terlihat seorang remaja,mukanya seperti pernah disaksikan. Lalu ditegur oleh aku,`Boh,demo dulu sekoloh mano?’,teguran mendahului ucapan salam..`MRSM Muadzae’,dibalasnya..Aku tersilu-silu. Malu agaknya. Tersalah tegur.

`Abe ni ex-PT kae?’..`A ah,patotla kawe sero rajin kelih jah demo’aku membalas..sesi berdialog diteruskan,tips sebagai pelajar Asasi diminta untuk dikongsi,galakkan menyertai Usroh juga aku berikan. Tidak mahu dia ketinggalan seperti aku. Ilmu disepah-sepahkan,tapi tidak dikutip oleh sesiapa. Rugi sahaja.

Rasa kecewa makin menerkam,tiada satu pun junior MRSM yang aku ingin ketemu muncul.`Husnuzon(bersangka baik) lah’,Hafiz menegurku..Mungkin angkara terlalu kecewa,sangkaan aku mula terpesong.MashaALLAH.

6:00 petang..Perjalanan diteruskan lagi.UiTM Puncak Perdana sasaran seterusnya,sebelum kami singgah bermalam dirumah sahabat Hafiz,Sheriff.

Di UiTM Puncak Perdana,aku menemui Ariff,sahabat lama ketika di sekolah dan juga jiran sekampung. Orangnya sudah bertambah matang,berfikiran lebih terbuka.Mungkin,dek terlalu lama bergaul dengan orang yang lagi tua agaknya.

8:30 malam,Kampung Ijok..Rumah Sheriif;Rumahnya biasa sahaja dari luaran,namun,bayangan seakan istana mula muncul ketika kaki mula melangkah masuk. Kami terdiam,kelu. Masakan tidak,dikatakannya rumah kampung. Rupanya,rumah yang dibina dikawasan kampung tapi bertaraf 5 bintang.Haih,tak sangka pula sebesar tu rumahnya.

Satu malam kami habiskan di `Istana Kampung’..



Bookmark and Share
3

Pencarian Software IMAN:Sahabat Baru..

8:45 malam,Isnin..Aku menuggu kehadiran Rafique,sahabat yang aku kenal dibangku sekolah. Malam itu,aku merancang ke Cyberjaya,ingin bertemu sahabat lama,pelajar Medik di CUCMS. Dan juga sahabat yang lain,Waseem yang berada di MMU. Perjalanan agak jauh,sungguh. Aku tiba di Cyberjaya,hampir pukul 12 malam.

Di sana,aku disambut oleh Amir,rakan sekelasku di UiTM dahulu. Rumahnya menjadi destinasi,tempat penginapan selama aku disana.

Suatu ketika,aku melihat peluang,peluang untuk meramaikan sahabat. Pelajar Asasi di CUCMS,di kehendaki membuat sebuah video,yang berkaitan tradisi dan kehidupan mereka di CUCMS. Membuat video,montaj;salah satu perkara yang aku minat lakukan. Takkan jemu,mungkin. Aku menolong seberapa yang mampu. Alhamdulillah,sahabatku bertambah. Dari Melayu,Cina hingga ke India;dari Kristian,Hindu hingga ke Atheis.

Di sini(Cyberjaya),aku melihat perkara yang tidak disangka.Ilmu dituntut dari pelbagai peringkat umur. Berusia 20-an,namun masih lagi di peringkat Asasi. Bukan salah,tapi bangga. Sifat ingin mencuba,ingin mencari ilmu,ingin mencapai cita-cita tersemai dalam diri mereka. Memberikan makna yang cukup besar dalam kehidupanku. Satu petunjuk yang amat diperlukan ketika itu,ketika aku perlu membuat keputusan,tentang jalan cerita hidup aku selepas ini.

10 pagi,Ahad..Sekali lagi,Hafiz Azhar menjemputku. Membawa aku pulang ke Kota Damansara. Sudah terlalu lama aku disana,tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Apatah lagi,mereka akan menduduki ujian akhir semester.

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan

Jangan tension2 ye..

Bookmark and Share
 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.