Pencarian Software IMAN:Husnuzon..

2:00 petang, Ahad yang sama..Perjalanan diteruskan lagi ke tempat pengajianku dahulu. Berniatkan ingin bertemu junior di MRSM dan berjumpa Cik Norharliana,tutor ku ketika Asasi dulu,diatas urusan yang tertentu.

Kami(aku dan Hafiz Azhar) menuggu disana,berpusing-pusing mengelilingi UiTM,menunggu tibanya waktu Asar.

Azan Asar dilaungkan. Garau dan lantang suara Bilalnya. Aku masih lagi menunggu. Mencari kelibat junior. Manalah tahu,mereka akan solat bersama nanti. Wuduk diambil perlahan-lahan,sengaja bermain masa di tempat wuduk.

Selesainya solat,aku terlihat seorang remaja,mukanya seperti pernah disaksikan. Lalu ditegur oleh aku,`Boh,demo dulu sekoloh mano?’,teguran mendahului ucapan salam..`MRSM Muadzae’,dibalasnya..Aku tersilu-silu. Malu agaknya. Tersalah tegur.

`Abe ni ex-PT kae?’..`A ah,patotla kawe sero rajin kelih jah demo’aku membalas..sesi berdialog diteruskan,tips sebagai pelajar Asasi diminta untuk dikongsi,galakkan menyertai Usroh juga aku berikan. Tidak mahu dia ketinggalan seperti aku. Ilmu disepah-sepahkan,tapi tidak dikutip oleh sesiapa. Rugi sahaja.

Rasa kecewa makin menerkam,tiada satu pun junior MRSM yang aku ingin ketemu muncul.`Husnuzon(bersangka baik) lah’,Hafiz menegurku..Mungkin angkara terlalu kecewa,sangkaan aku mula terpesong.MashaALLAH.

6:00 petang..Perjalanan diteruskan lagi.UiTM Puncak Perdana sasaran seterusnya,sebelum kami singgah bermalam dirumah sahabat Hafiz,Sheriff.

Di UiTM Puncak Perdana,aku menemui Ariff,sahabat lama ketika di sekolah dan juga jiran sekampung. Orangnya sudah bertambah matang,berfikiran lebih terbuka.Mungkin,dek terlalu lama bergaul dengan orang yang lagi tua agaknya.

8:30 malam,Kampung Ijok..Rumah Sheriif;Rumahnya biasa sahaja dari luaran,namun,bayangan seakan istana mula muncul ketika kaki mula melangkah masuk. Kami terdiam,kelu. Masakan tidak,dikatakannya rumah kampung. Rupanya,rumah yang dibina dikawasan kampung tapi bertaraf 5 bintang.Haih,tak sangka pula sebesar tu rumahnya.

Satu malam kami habiskan di `Istana Kampung’..



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.