Pencarian Software IMAN:Kisah Bermula..

7:00 pagi,Selasa..aku tiba di perhentian bas Sri Manjung.Belakangku sakit angkara membonceng motor,sambil 2 beg galas dibadanku dan 1 beg laptop,digenggam erat..

Aku menunggu saat ketibaan bas ke perhentian Duta.Seorang abang menyapa,`Adik nak pergi KL ke?kerja apa?’aku membalas.` a ah..tak kerja lagi,masih belajar’..begitulah permulaan perbualan kami..Kisahnnya meleret,pelbagai pengalaman dan keluhan sebagai anggota RELA dikongsi..Aku hanya diam mendegar..kadang-kala mengangguk,tanda mengambil hati..

7:45..Bas transnasional tiba.Perjalanan ke kota besar kini bermula.
4 jam kemudian,gerbang tol KL dapat ku lihat dari jauh.`Alhamdulillah’,monolog hati pada DIA..segala perjalanan dipermudahkan..

Hafiz Azhar,seorang saudara dan juga tour-guide aku. Setia menunggu untuk menjemput kehadiranku. Aku dibawa ke seluruh pelusuk ibu kota. Indah,kagum dan hebat,itu yang dapat aku fikirkan tentang pencakar langit yang ada,tamadun yang terbina dan kehebatan manusia yang dikurniakan oleh-Nya..

 Kami singgah di KLCC,ingin ketemu seorang lagi saudara,Hazmi namanya. Rasa rindu pada seorang saudara,kian terubat. Kelibatnya dilihat,melilau-lilau mencari kami. Alhamdulillah,orangnya masih sihat dan mampu bernafas. Malah,dimurahkan lagi rezekinya..

Usai pertemuan di KLCC,aku ingin pulang,kerana hari sudah lewat senja.Kota Damansara,bukannya sekangkang kera dari KLCC. Masa banyak hilang untuk kesana. Lagipun,saudara dan adik-adik kesayangan sudah lama menanti kehadiran aku. Tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi.

Aku sampai agak lewat. Badan yang penat kembali segar,melihat wajah kanak-kanak yang bebas dari sebarang dosa,yakni adik-adik yang aku sayangi..




Perjalanan Kian bermula..

Bookmark and Share

3 comments:

me said...

ada kat damansara laa ni eh ?

btw, cmne exam ? senang x ? :D

Aesya N. said...

tergantung ea ?? to be continued ??

Ibn Abdul Latif said...

sya:a ah..alhmdulillah..=)

Aesya:yup..to be continued^^.

Post a Comment

 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.