Kisah C2 dan Barbeku..

Bismillahirrahmanirrahiim

Alhamdulillah,selesai sudah barbeku Group C2.

Suasana yang meriah dan ceria pada malam itu membuatkan kami lebih rapat,bagaikan sebuah keluarga. Saya sedar,walaupun suasana itu hanyalah seketika,kenangan yang terukir pada malam itu akan tetap kekal di hati masing-masing.

 Masa yang tinggal hanyalah beberapa detik lagi untuk kami berada disini. Selepas itu,masing-masing akan berpecah dan mengikut jalan takdir sendiri,menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang.

Namun,bukan masa depan yang perlu ditatapi,tapi masa kini. Masa yang ada seharusnya digunakan sebaik mungkin,digunakan untuk mencipta lebih banyak memori indah kerana hanya itulah yang tinggal apabila perpisahan datang mendekati.

bakar ayam lme,then kjap je hilang..

sempat plak sengih2..

cerdit to our tutors for the durians=)


style ke??

jgn marah ye kawan2ku..

Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah.

-Kata-Kata Saiyidina Ali r.a-



Semoga ukhwah,pertemuan dan perpisahan ini sentiasa di bawah redha-Nya.Ameen..

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.