Kisah Kita dan Hafalan..


Bismillahirrahmanirrahiim…

Semenjak saya memasuki era persekolahan,istilah `HAFAL’ dan `FAHAM’ sering menjadi ungkapan para murabbi dan pelajar.Yang manakah yang betul?Yang dapat mengekalkan ilmu di benak otak tanpa lupa walau sedikit pun.Pengalaman hidup sebagai seorang pelajar sekolah rendah hinggalah bergelar mahasiswa banyak memberi saya panduan dalam menentukan yang mana lagi tepat..

Dalam petikan ini,ingin saya tunjukkan bahawa kedua-dua istilah tersebut sepatutnya menjadi satu turutan:

HAFAL + ISTIQAMAH(BERTERUSAN) = FAHAM

HAFAL..

Antara perkara yang saya perhatikan yang berlaku dalam kehidupan saya ialah ketika zaman kanak-kanak ,keupayaan menghafal adalah jauh lebih mudah dan pantas.

Bermula  dengan saya sewaktu di bangku sekolah,perkara yang diajar pada masa itu amatlah mudah untuk diingati.Contohnya semasa menghafal ayat-ayat suci al-Quran. Masa yang diambil untuk menghafal tidaklah lama,hanya dengan beberapa kali bacaan dan ulangan,sudah mampu diingati.
Namun,apabila saya beralih ke peringkat sekolah menengah,perkara yang diajarkan semakin sukar untuk diingati. Apatah lagi,kesibukan di zaman itu mengurangkan masa yang ada untuk menghafal dan memahami perkara yang dipelajari.
Ketika di menara gading pula,silibus yang kompleks dan masa yang terhad untuk belajar menyukarkan lagi proses penghafalan. Tambahan pula,begitu banyak perkara yang diajar dan perlu diingat dalam masa yang singkat.

ISTIQAMAH..

Istilah ISTIQAMAH adalah selari dengan perkataan BERTERUSAN,SENTIASA dan ACAP KALI.Dalam Islam,istiqamah dalam sesuatu perkara@ibadah itu lagi dituntut daripada melakukannya hanya untuk seketika sahaja.

Rasulullah pernah bersabda:
“Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Namun,ada juga yang mendefinisikannya sebagai:

Hamka berkata,"Sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah".

Ali bin Abu Thalib k.w.j dan Ibnu Abbas r.a berkata,``Istiqamah ertinya melaksanakan kewajiban-kewajiban.”
Istiqamah adalah antara perkara yang sukar dilakukan,kerana manusia mudah jemu,mudah putus asa,apatah lagi apabila melakukan perkara yang sama,setiap masa.Amatlah rugi bagi golongan tersebut kerana:

Utsman bin Affan r.a. berkata, “Istiqamah ertinya amal yang  ikhlas kerana Allah.”
Beristiqamah seolah-olah melakukan amal yang ikhlas walaupun ianya sukar.

FAHAM…

Kefahaman,merupakan istilah yang penting dalam proses pembelajaran.Perkara yang dihafal dan tiada kefahaman padanya menyebabkan ia sukar diingati dan sering kali dilupakan.

Dari Abu Hurairah r.a berkata,sabda Rasulullah s.a.w:`Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya,Dia(ALLAH) memberikannya kefahaman dalam Ad-din(Islam).’ 
HR.Bukhari dan Muslim

Kebaikan diatas adalah meluas maksudnya.Contohnya,Yusuf Al-Qaradhawi.Beliau merupakan seorang ulama’ Mesir. Kefahamannya terhadap ilmu agama menyebabkan beliau sering dipandang tinggi serta disayangi oleh mereka yang mengenali beliau secara mendalam.Justeru,kata-kata Rasulullah s.a.w bukanlah hanya omongan kosong.

HAFAL + ISTIQAMAH(BERTERUSAN) = FAHAM..

Pernah saya terbaca sebuah artikel,antara cara yang mudah untuk menghafal ilmu yang dipelajari ialah dengan menghafal Al-Quran.Bukan tidak percaya,tapi saya lebh senang kalau saya mencubanya sendiri.
Semasa proses awal penghafalan,ianya agak susah untuk diingati. Namun,secara perlahan-lahan,saya dapati semakin dihafal ayat-ayat suci ini,semakin senang untuk saya menghafal yang seterusnya dan,InshaALLAh, semakin senang ilmu yang  saya pelajari diingati.Menghafal ayat-ayat Al-Quran seolah-olah melakukan brainwash kepada otak dan minda saya.Selain itu,dapat memahami sedikit sebanyak ilmu yang berada di dalam kitab suci itu melalui aktiviti Tadabbur.

Konklusinya,bukan `HAFAL’ atau FAHAM’ perlu kita pilih,tapi kedua-duanya kerana ia saling berkaitan.

p/s:mlm nie ad BBQ group..harap berjln nga lncar..ameen..




Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .:Kisah Dari DIA:.